Friday, September 30, 2011

KELAS KEENAM DALAM KPD3016

Assalamualaikum n salam sejahtera.....

Alhamdulillah.....syukur kerana di panjangkan umur olehNya...berkesempatan menilis entri untuk kelas keenam dan kelas kedua dalam minggu ke-3 iaitu hari selasa....tugasan kami untuk mencari kemahiran saintifik dan contohnya untuk menunjukkan kefahaman kami

KEMAHIRAN SAINTIFIK


MEMERHATI
Proses mengumpul maklumat tentang objek melibatkan sebahagian atau semua deria
MENGELAS
proses memerhati dan mengenalpasti perbezaan dan persamaan
MENGUKUR DAN MENGGUNAKAN NOMBOR
Kebolehan membuat pemerhati secara kuantitati yang melibatkan penggunaan alat piawai
MEMBUAT INFERENS
Membuat kesimpulan awal yang menerangkan pemerhatian
MERAMAL
Menjangkakan hasil daripada sesuatu bakal berlaku
BERKOMUNIKASI
Kemahiran merujuk kepada menerima,memilih dan mempersembahkan maklumat dalampelbagai bentuk
MENGGUNAKAN HUBUNGAN RUANG DAN MASA
Kebolehan memperihalkan lokasi,arah,bentuk dan sai sesuatu objek dan perubahannya mengikut masa
MENTAFSIR MAKLUMAT
Menjelaskan kesimpulan
MENDEFINISI SECARA OPERASI
Proses memberi definisi tentang sesuatu konsep atau keadaan dengan menyatakan perkara yang perlu dilakukan dan diperhatikan
MENGAWAL PEMBOLEHUBAH
Mengenalpasti pembolehubah bergerakbalas,manipulasi dan malar
MEMBUAT HIPOTESIS
Penyataan umum yang difikirkan benar
MENGEKSPERIMEN
Kebolehan melaksanakan ekperiment

KELAS KELIMA DALAM KPD3016

Alhamdulillah...kelas kelima sudah berlalu dalam minggu ketiga.....kami pergi ke kelas  dan kami tiba awal......pelajaran kami pada hari ini amat bermakna untuk di aplikasikan dalam pengajaran.


CIRI MODEL BERPUSATKAN GURU



Pengajaran berpusat guru

Pengajaran berpusat pelajar

Tahap pelajar membuat pilihan rendah
Pelajar pasif
Kuasa berada di tangan guru
Penekanan kepada penguasaan isi kandungan
Guru sebagai pemberi maklumat/Pelajar penerima
Pembelajaran dalam mod kebergantungan
Lebih terancang dan berstruktur
Tahap pelajar membuat pilihan tinggi
Pelajar aktif
Kuasa berada di tangan pelajar
Penekanan sama rata antara penguasaan isi kandungan dan proses pembelajaran
Guru sebagai pemudah cara/Pelajar pembina/penyelesai masalah
Pembelajaran dalam mod saling kebergantungan atau kendiri
Kurang berstruktur



PERBEZAAN ANTARA MATLAMAT DAN OBJEKTIF

MATLAMAT
OBJEKTIF
hasrat yang ingin dicapai dalam jangka masa panjang
Hasrat yang ingin dicapai dalam jangka masa pendek dan lebih jelas 

v  Objektif berfokuskan pelajar
         Objektif pembelajaran/hasil   
                           Pembelajaran bermaksud satu   
                            penyataan apa yang ingin dicapai
v  Objektif berfokuskan guru
           Objektif pengajaran




KOMPONEN OBJEKTIF / HASIL PEMBELAJARA

Terdapat 5 komponen yang perlu kita tahu...Jom baca kat bawah nie
                        1) Frasa merujuk kepada kumpulan
                        2) Kata kerja aktif
                        3) Objek bagi kata kerja
                        4) Konteks / keadaan
                        5) Standard / kriteria



Kemahiran Menaakul Saintifik terbahagi kepada dua :
                                 

INDUKTIF
DEDUKTIF
Proses menaakul di mana kesimpulan dan generalisasi dibina daripada kes atau situasi yang spesifik
          Proses menaakul di mana kesimpulan dibuat secara logik


Kami belajar pula tentang KEMAHIRAN SAINTIFIK bermaksud is to do sains/kemahiran untuk melakukan sains/menjalankan sains......terdapat 12 kemahiran saintifik sains dan DR memberi kami tugasan untuk mencari maksud dan contoh untuk kesemua KEMAHIRAN SAINTIFIK....Jom ikuti entri seterusnya mengenai KEMAHIRAN SAINTIFIK...:) 



SENYUM SELALU KERANA SENYUMAN MAMPU MENDAMAIKAN HATI ORANG LAIN...(^____^)













Tuesday, September 27, 2011

KELAS KEEMPAT DALAM KPD3016

MODEL PENGAJARAN



Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Alhamdulillah.....hari ini kami dapat ilmu baru lagi...banyak ilmu yang kami perolehi...terima kasih untuk Dr. Nurulhuda..:)




Kenali maksud model :


Model: Perwakilan struktur dan susunan suatu entiti atau proses yang kompleks 
dalam bentukyang lebih ringkas/mudah

Model pengajaran: Perwakilan struktur dan susunan proses pengajaran






Premis asas.

  • Pelajar membina, meruntuh (deconstruct), dan membina semula pengetahuan mereka sendiri.
  • Membina, meruntuh dan membina semula sesuatu makna ialah pembelajaran.
  • Pembelajaran berlaku apabila pelajar menstrutur emula idea sedia ada mereka dengan menghubungkaitkan idea baru dengan yang lama.

MODEL PENGAJARAN BERASASKAN TEORI KONSTRUKTIF





7 Prinsip pembelajaran.

  • Pembelajaran ialah proses yang berterusan dan aktif.
  • Pembelajaran melibatkan aktiviti mental dan juga sosial.
  • Pembelajaran melibatkan bahasa.
  • Pembelajaran perlu ada konteks.
  • Pelajar memerlukan pengetahuan untuk belajar.
  • Pembelajaran memerlukan masa yang mencukupi.
  • Metakognis (kesedaran dan kebolehan mengawal)





SEKIAN.....senyum selalu...(^____^)


                                                      

                                  (^___^)

Sunday, September 25, 2011

KELAS KETIGA DALAM KPD3016

Alhamdulillah.....kelas ketiga berlangsung dengan jayanya.....saya telah mendapat ilmu terbaru tentang ADVANCE ORGANIZER iaitu  TEKNIK KWHL.....JOM KITA KETAHUI TENTANG KWHL


K
What you Know?
W
What you Want to know?
H
How to find out?
L
What you Learned?


Hanya dengan 4 patah perkataan kita dapat merungkai semua jawapan terhadap apa yang kita ketahui....tanya diri sendiri....apa yang kamu tahu? Apa yang kamu ingin tahu? Macam mana cara untuk mencari jalan penyelesaian? Apa yang telah kamu pelajari??

Doktor Nurul telah memberi kami satu tugasan tentang 6 perkataan yang selalu kita dengar tetapi kadang-kadang kita sendiri salah menafsir iaitu

                         1) PENDIDIKAN
                         2) INSRTUKSI
                         3) PENGAJARAN
                         4) TEKNOLOGI
                         5) PENAKSIRAN
                         6) PEMBELAJARAN


JOM APLIKASIKAN TEKNIK KWHL (^^,)


What you Know?
What you Want to know?
How to find out?
What you Learned?
PENDIDIKAN adalah satu proses belajar secara formal dan tidak formal
          Definasi sebenar terhadap enam konsep
       
           Adakah semua konsep ini saling berkait
          Rujuk di dalam internet
    
            Dengar pensyarah mengajar
   
         Secara perbincangan kumpulan
         Maksud yang lebih jelas tentang keenam konsep tersebut 
     
             Kaitan antara keenam-enam konsep tersebut
  
           Guru bukan sahaja merujuk kepada manusia tetapi medan untuk menyampaikan ilmu


         Pendidikan merupakan medan utama
INSRTUKSI adalah arahan guru terhadap pelajar
                       
                   
PENGAJARAN adalah cara guru mengajar dalam kelas

TEKNOLOGI adalah bahan bantu mengajar

        PENAKSIRAN adalah proses mengumpul maklumat tentang apa yang pelajar tahu dan apa yang pelajar boleh lakukan

PEMBELAJARAN adalah proses pembelajaran di dalam kelas iaitu pelajar menerima ilmu daripada guru






What you Learned?
Untuk mengetahui dengan lebih jelas tentang keenam-enam konsep.....dr. nurul memberi kami satu tugasan secara berkumpulan dan di beri masa setengah jam untuk berbinacang dan mencari perkaitan antara satu sama lain....inilah hasil kumpulan kami









Ini pulak maksud untuk keenam-enam konsep..(^^,)



Pendidikan
Proses di mana pelajar mampu mempelajari sesuatu dengan tujuan membangunkan dirinya secara holistik. Pendidikan boleh jadi formal, non-formal, dan informal.
Instruksi
Proses memudah cara pembelajaran ke arah objektif yang telah ditetapkan sama ada melalui guru atau cara lain
Pengajaran
Tindakan guru secara langsung yang direka bentuk bagi membantu pembelajaran
Teknologi
Set peralatan dan sumber yang membantu menyelesaikan masalah adaptasi yang dihadapi manusia dalam persekitarannya
Penaksiran
Proses mengumpul data tentang apa yang pelajar tahu dan boleh lakukan bagi membantu dalam proses membuat keputusan.
Pembelajaran
: Proses membina dan mendapat pengetahuan, kemahiran, sikap, dan nilai tertentu yang boleh diaplikasikan





SENYUM SELALU..(^_____^)

Saturday, September 24, 2011

Bahana senjata nuklear kepada hidupan

Isu terbaru berkaitan dengan penggunaan senjata nukelar

Pada bulan Mac 2010, tentera laut Korea Utara telah menenggelamkan kapal tentera laut Korea Selatan mengakibatkan 46 anak kapal terbunuh. Tentera Korea Utara tersebut didakwa menggunakan peluru berpandu nuklear ( nuclear torpedo ) dalam serangan tersebut yang boleh menenggelamkan kapal tentera laut Korea Selatan yang serba canggih.
kapal tentera laut Korea Selatan yang rosak teruk dan tenggegelam di dasar laut.

Sejarah penggunaan senjata nuklear bagi tamadun manusia

Semasa Perang Dunia kedua iaitu pada 6 Ogos 1945, tentera Udara Amerika Syarikat telah menggugurkan bom atom ( bom nuklear) kali pertama di dunia iaitu di bandar Hiroshima Jepun yang mengakibatkan bandar Hiroshima hilang sama sekali. Bom atom yang digugurkan itu adalah dari jenis "little boy ".

skuad pengebom AS yang mengugurkan bom "Little Boy"

bom "Little Boy"


bandar Hiroshima sebelum dibom
Bandar Hiroshima setelah dibom


Namun begitu, selang 3 hari kemudian ( 9 ogos 1945 ), sebutir bom atom lagi digugurkan di bandar Nagasaki  yang merupakan bandar utama Jepun yang mengakibatkan kematian lebih daripada 200 ribu orang yang kebanyakkannya adalah orang awam. Bom yang digugurkan itu adalah dari jenis " Fat Man". Pengeboman kedua ini menyebabkan Jepun lumpuh sama sekali dan menyerah diri. Perang Dunia kedua ini berakhir dengan kekalahan Jepun ditangan Amerika Syarikat yang menggunakan bom nuklear yang memberi banyak kesan kepada ketamadunan manusia. 

bom " Fat man"

kesan-kesan penggunaan bom atom di Jepun










Negara-negara yang mempunyai bom/ peledak nuklear ialah :

walaupun penggunaan senjata nuklear ini penting bagi menjamin sistem pertahanan sesebuah negara tetapi penggunaannya memberi kesan yang amat dasyat kepada dunia dalam jangka masa yang panjang. Contonhya, kesan radioaktif daripada bom nuklear mengambil masa beratus-ratus tahun untuk hilang.




http://liveshots.blogs.foxnews.com/2010/05/18/seoul-to-blame-north-korea-for-sinking-ship/

Tuesday, September 13, 2011

JOM KETAHUI TENTANG TENAGA NUKLEAR








  1. Loji tenaga nuklear menghasilkan tenaga elektrik melalui pemanasan air untuk menghasilkan wap panas yang akan menggerakkan turbin. Bagi menghasilkan wap, loji nuklear menggunakan haba yang terhasil dari penguraian bahan radioaktif – pembelahan nukleus atom bahan radioaktif (kebiasaannya Uranium)

  1. Amerika Syarikat memiliki 104 reaktor di loji nuklear yang menghasilkan 20 peratus jumlah penghasilan tenaga di seluruh negara tersebut. Pada tahun 2009, 13-14 peratus penjanaan tenaga elektrik seluruh dunia dihasilkan menggunakan tenaga nuklear.

  1. Jumlah keseluruhan reaktor tenaga nuklear peringkat komersial dianggarkan melebihi 440 buah yang beroperasi di 30 buah negara seluruh dunia.

  1. Terdapat 62 loji nuklear yang sedang dibina di seluruh dunia pada masa ini.

  1. Bencana loji tenaga nuklear berlaku apabila bahan radioaktif dalam teras reaktor mengalami pemanasan melampau dan mengalami pencairan. Situasi ini akan membebaskan bahan radioaktif yang tidak terkawal ke persekitaran.

  1. Bencana Chernobyl, Ukraine pada tahun 1986 dikategorikan sebagai bencana terburuk kemalangan loji nuklear di dunia. Ia mengorbankan 56 nyawa serta merta dan menyebabkan lebih 4000 pesakit kanser yang disebabkan pendedahan radiasi bahan radioaktif. Kerugian akibat dari kemusnahan loji nuklear Chernobyl dianggarkan sebanyak $7 bilion dolar Amerika.

  1. Bencana Reaktor Nuklear Three Mile Island adalah yang terburuk dicatatkan di Amerika Syarikat yang berlaku pada tahun 1979 di Pennsylvania. Dua unit reaktor di loji terbabit mengalami pencairan separa dan membebaskan radiasi sinaran radioaktif. Kesan daripada tragedi itu, projek peluasan tenaga nuklear Amerika Syarikat dibekukan serta merta buat sementara waktu.


  1. Kesan radiasi bahan radioaktif terjadi apabila seseorang terdedah kepada 1000 mSv per jam. Pekerja Chernobyl meninggal dunia dalam tempoh sebulan dan juga dalam masa seminggu apabila mereka terdedah kepada sinaran radioaktif sebanyak 6'000 mSv per jam dan 10'000 mSv kedua-duanya.

  1. Golongan yang menyokong penjanaan eletrik dari tenaga nuklear sentiasa memberi jamian bahawa penggunaan tenaga nuklear adalah bebas dari pencemaran dan pelepasan gas rumah hijau selain berkeupayaan menghasilkan jumlah tenaga yang murah serta banyak berbanding sumber tenaga konvensional. Mereka juga menegaskan bahawa loji tenaga nuklear seperti di US mengamalkan ciri-ciri keselamatan yang ketat

  1. Para penentang dan pengkritik penggunaan tenaga nuklear pula sentiasa berhujah tentang isu-isu keselamatan loji nuklear, isu rawatan sisa bahan radioaktif dan juga kos pembinaan loji nuklear yang yang tinggi.


Dipetik daripada :