Monday, October 31, 2011

PROBLEM BASED LEARNING

“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”

Alhamdulillah.....pada hari ini kelas diterukan dengan tajuk baru iaitu PROBLEM BASED LEARNING........macam mana dan bagaimana? sebenarnya saya terasa amat rugi tidak mengikuti kelas ini...minta maaf dr. masa ini saya berada di UITM Shah Alam untuk Konvokesyen abang sulong saya...apa2 pum segala input telah saya pelajari daripada kawan saya. TERIMA KASIH SEMUA...JASAMU DI KENANG.


JOM KITA PELAJARI APA ITU PEMBELAJARAN BERDASARKAN MASALAH

MASALAH??

RUMIT??

JOM SAMA2 CARI JALAN PENYELESAIANNYA??


PBL ni bermaksud satu jenis pembelajaran bermula dengan satu situasi masalah. Faham??? sebenarnya masalah banyak tetapi kita kena kaitkan dengan dunia semasa. Terdapat 3 komponen yang wajib ada dalam PBL ini iaitu masalah, fasilitator dan penyelesaian masalah.


PBL ini berpusatkan kepada pelajar iaitu guru hanya sebagai fasilitator sahaja. ini pula langkah yang mesti ada dalam PBL







YANG INI PULA FILA CHART UNTUK MESTRUKTURKAN LAGI MASALAH YANG DIDAPATI


SEKIAN DAHULU...WASALAM...SMILE ALWAYZ..(^_^)







Tuesday, October 25, 2011

KEMAHIRAN MENUTUP PENGAJARAN

“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”

Kemahiran menutup pengajaran ini hanya diperlukan untuk menutup setiap pengajran yang kita lakukan. Jika ada pembukaan sudah pasti akan ada pentupnya kan.....jadi penting juga untuk kita mengetahui tentang cara untul menutup pengajaran. Komponen menutup pengajaran terbahagi kepada dua iaitu aspek kognitif dan aspek sosial.














ASPEK KOGNITIF
v  Melihat semula/meperkukuh dan meringkaskan hasil pembelajaran
v  Menaksir kefahaman pelajar. Cuba jadikan pengakhiran pelajaran sesuatu yang tidak dapat dilupakan
v  Pelajar membuat refleksi ke atas apa dan bagaimana mereka belajar dan membuat kesimpulan
v  Membuat perkaitan dengan pelajaran akan datang
v  Memberi kerja rumah/pembacaan yang sesuai



ASPEK SOSIAL
Nilai afektif: Perasaan mencapai kejayaan dan keseronokan pengalaman belajar. Cuba jadikan pelajar berasa apa yang mereka pelajari itu penting dan istimewa

KEMUDIAN, kami dikehendaki membentangkan tentang komponen menutup pengajaraN. Dua kumpulan telah membentangkan menutup pengajaran termasuk kumpulan saya. Alhamdulillah, semua sudah selesai.....hhehehe

SEKIAN WASALAM...SMILE ALWAYZ..:)

Monday, October 24, 2011

KEMAHIRAN MENERANG DAN KEMAHIRAN MEMPERKUKUH


“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”

Alhamdulillah dipanjangkan umur olehNya untuk meneruskan lagi perjuangan di bumiNYA. Pada kali ini dr. menerangkan kepada kami mempelajari tentang kemahiran menerang dan kemahiran memperkukuh. 

KEMAHIRAN MENERANG ialah :

bagaimana seorang guru khususnya menyampaikan maklumat dengan berkesan serta mampu membina pengetahuan dan kefahaman pelajar agar pelajar mampu untuk mengikut arahan. Jika penerangan guru menarik maka pelajar pasti akan tertarik.






KOMPONEN MENERANG
v  Ayat pembukaan
v  Isi kandungan
v  Penghubung
v  Ayat penutup
v  Soalan bagi menaksir kefahaman



4 PRINSIP UTAMA KEMAHIRAN MENERANG


Gunakan kejelasan
¨  Tumpukan kepada aspek yang spesifik
¨  Gunakan contoh, illustrasi dan media yang relevan dan menarik
¨  Fokus semula dengan membuat ringkasan
¨  Gunakan bahasa mudah dan sesuai dengan pelajar
¨  Elak kekaburan dan ayat tidak relevan
Dapatkan maklum balas
l  Libatkan pelajar
l  Wujudkan peluang pelajar menunjukkan kefahaman,
     minat dan sikap

Gunakan penegasan
l  Intonasi berbeza
l  Penunjuk/penyerlah
l  Pergerakan, gerak isyarat

Urutan/Kesinambungan
l  deduktif
l  Bantu ingat (prompts)
l  Variasi dan kata penghubung
l  Pelbagaikan kelajuan penyampaian
l  Induktif/



KEMAHIRAN MEMPERKUKUH

Kemahiran ini membolehkan guru meningkatkan interaksi bilik darjah serta mampu memperbaiki disiplin bilik darjah serta  mampu untuk meningkatkan memotivasikan pelajar dan keyakinan pelajar. Seterusnya memantapkan kefahaman pelajar.





KOMPONEN KEMAHIRAN MEMPERKUKUH
Penggunaan bahasa lisan
Penggunaan tindakan bukan lisan
Penggunaan ganjaran
Penggunaan jawapan pelajar

PRINSIP MEMPERKUKUH

¨  Tunjukkan kemesraan, keghairahan/semangat kesungguhan, dan masukkan unsur kecindan
¨  Berfikiran terbuka terhadap kelakuan pelajar
¨  Pelbagaikan kaedah, media, teknologi dan aktiviti
¨  Bersifat ikhlas


Apabila Dr selesai untuk menerangkan tentang komponen menerang dan komponen memperkukuh. Kemudian kumpulan yang ditugaskan untuk membentangkan komponen itu. Terasa begitu teruja apabila melihat kawan-kawan yang begitu berbakat dalam mengajar....hehehe


SEKIAN....WASALAM...SMILE ALWAYZ..(^_^)

Tuesday, October 18, 2011

KOMPONEN MENYOAL

CONTINUE.....

Dalam kemahiran menyoal terdapat 5 komponen yang patut di lakukan bagi seorang guru untuk menyoal iaitu :




LANGKAH KEMAHIRAN MENYOAL
v  Ajukan soalan
v  Beri masa berfikir yang sesuai
v  Pilih pelajar untuk menjawab
v   Beri respon/reaksi kepada jawapan pelajar
v  Tekankan/buat ringkasan jawapan tepat/yang boleh diterima


Ini merupakan 5 langkah menyoal...pada mula2 mestilah menyoal soalan kepada pelajar. Selepas itu berikan masa untuk berfikir. Kemudian pilihlah pelahar untuk menjawab kepada soalan tersebut. Beri respon kepada setiap jawapan pelajar dan buat ringkasan.

Kemudian, Dr membahagikan komponen memperkukuh dan meneraang dan komponen menutup pengajaran kepada setiap kumpulan untuk mmembentangkan pada minggu hadapan. Kunpulan saya mendapat kiemahiran menutup pengajaran. JOm selami apa itu komponen memperkukuh,menerang dan menutup pengajaran pada entry minggu hadapan.


SEKIAN WASALAM...SMILE ALWAYZ

KEMAHIRAN MENYOAL

“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”

Alhamdulillah......keesokan hari dipenuhi dengan damai........pada hari ini kami belajar mengenai kemahiran menyoal. Setiap yang kita lakukan mestilah ada tujuan...jom kita kenali:

TUJUAN MENYOAL

¨  Memulakan inkuiri
¨  Melibatkan pelajar secara aktif dalam proses pembelajaran
¨  Menarik perhatian pelajar dan menimbulkan sifat ingin tahu
¨  Menumpukan perhatian pelajar kepada sesuatu idea atau konsep
¨  Menggalakkan pelajar bertanya soalan
¨  Membina kemahiran berfikir
¨  Meminta penjelasan idea pelajar
¨  Mengenal pasti dan menangani miskonsepsi
¨  Mentaksir kefahaman pelajar




Selepas mengetahuui tujuan kenapa kita mesti terapkan kemahiran menyoal. Sekarang kita kenali langkah bagaimana kita ingin melakukan kaedah ini dalam bilik darjah khususnya..:


BERSAMBUNG...

Monday, October 17, 2011

KONSEP MAP DAN KARTON MAP

“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”

JOM KENALI APA ITU KONSEP MAP DAN KARTON MAP???


KONSEP MAP
Konsep map merupakan hubungkait antara satu konsep dan konsep yang lain dengan menghubungkan anak panah bagi menunjukkan satu konsep yang lengkap
KONSEP KARTON 
KONSEP Karton pula adalah cara yang digunakan dengan menghasilkan beberapa karektor karton yang berlainan yang membincangkan tentang sesuatu tajuk. Karektor kartun ini membincangkan pendapat masing-masing .
KONSEP KARTON 





KONSEP MAP


SENYUM SELALU(^_________^)

KEMAHIRAN MEMULAKAN PENGAJARAN

“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”

Alhamdulillah.....bagi kelas ini kami belajar tentang kemahiran memulakan pengajaran ni merupakan KEMAHIRAN MIKROPENGAJARAN....masa yang diperuntukkan sekejap jew sebab kita nak mula jew tidak mengajar lagi.....begitu teruja sangat belajar sebab dr. membuat demo terus tentang memulakan pengajaran...kami diberi masa di dalam kumpulan untuk membuat permulaan pengajaran........:)

Selepas itu, beberapa kumpulan menghantar wakil untuk membentangkannya.......dan kami telah menghantar NURUL AIN......wah2...mantap betul dan kami gelak sakan...moga terus berjaya AIN n kawan2....lupa nak cakap..kami buat tajuk daya dan tekanan dan kumpulan lain semua tentang inertia. hehehhee

APA YANG PERLU ADA DALAM KEMAHIRAN MEMULAKAN PENGAJARAN?

KOMPONEN

1) Menarik perhatian
¨Melalui suara, pergerakan, isyarat, & eye contact
¨Gunakan alat pandang dengar
¨Pelbagaikan interaksi
2) Menimbulkan motivasi
¨Wujudkan hubungan baik
¨Tunjukkan keghairahan
¨Ransang sifat ingin tahu
¨Bercerita

3) Menstruktur P&P
¨Tunjukkan hasil pembelajaran
¨Buat ringkasan keseluruhan aktiviti P&P (overview)
¨Cungkil idea pelajar tentang tajuk/konsep yang akan diajar
4) Membuat perkaitan
¨Banding dan bezakan
¨Pengetahuan sedia ada
¨Pengalaman/kejadian semasa yang berkait dengan pelajar


BEBERAPA CARA MENCUNGKIL IDEA?

Pelan mencungkil idea terdapat juga dalam kemahiran memulakan pengajaran...antara cara mencungkil idea adalah

  1. Soal jawab keseluruhan kelas
  2. Perbincangan kumpulan
  3. Demonstrasi guru
  4. Kuiz pendek atau praujian
  5. Ramal-Perhati-Terang (Predict-Observe-Explain, POE)
  6. Peta konsep (Concept map)
  7. Kartun konsep (Concept Cartoon)
  8. Peristiwa bercanggah (Discrepant event)
  9. Interview about events
  10. Interview about instances


BERSAMBUNG..........

KEMAHIRAN MIKROPENGAJARAN

“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”

Alhamdulillah......banyak ilmu dah saya dan kawan2 telah dapat terutamanya tentang macam mana nak jadi cikgu? Banyak persediaan yang saya rasa begitu mantap telah diberikan Dr kepada kami....TERIMA KASIH Dr.

Hari ini pulak kami masuk tajuk baru iaitu KEMAHIRAN MIKROPENGAJARAN......iaitu 

¨Kemahiran mengajar boleh dibahagikan kepada beberapa kemahiran yang lebih asas yang dipanggil kemahiran mikropengajaran.

TERDAPAT 9 ASAS KEMAHIRAN MIKROPENGAJARAN

  1. Memulakan pengajaran (termasuk mencungkil idea)
  2. Menyoal
  3. Menerang
  4. Memperkukuh
  5. Membuat demonstrasi
  6. Mengendali perbincangan
  7. Mengendali kerja amali
  8. Menutup pengajaran
  9. Membuat refleksi

Moga kita mahir untuk kesemua KEMAHIRAN MIKROPENGAJARAN...JOM KENALI KEMAHIRAN INI PADA ENTRY SETERUNYA...(^__^) SENYUM SELALUUUU

Tuesday, October 11, 2011

INKUIRI LAB

“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”

ALhamdulillah kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat lah kami meneruskan lagi pembelajaran pada hari ini...semalam kami sudah mempelajari tentang apa iti PEMBELAJARAN INKUIRI.....jd hari ini kami diberi pendedahan oleh Dr Nurulhuda tentang PEMBELAJARAN INKUIRI ini.......setiap inkuiri bermula dengan soalan kan.....hehehe

Pada awalnya kami diberi central question iaitu "why do heavy steel ships float while a piece of much lighter steel sinks?". Ini merupakan satu cara mencungkil idea dan merupakan langkah pertama dalam pembelajaran inkuiri. Selepas itu kami diminta untuk mereka eksperimet dan ini gambar eksperiment kami.





Selepas kami mendapat keputusan daripada amali kami tadi kami diminta untuk membentangkan di dalam kelas dan tengok hasilnya...Kami dapat hampir sama dan ini memenepati Prinsip Archimedes...hehehhehe

Monday, October 10, 2011

TUGASAN KEDUA

“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”

Alhamdulillah....tugasan pertama iaitu Projek Based Learning sudah berjaya dengan jayanya. Kami telah mendapat tugasan kedua iaitu Teaching Unit.....merangkumi 50% semuanya...agar besar dan ini memang benda baru bagi kami........kami telah dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan yang kecil......x lagi bersama missworldphysics......:(.......setiap kumpulan mempunyai empat orang dan dr.nurul telah membahagikan tajuk masing-masing berdasarkan learning objective fizik teingkatan 4. KAmi mendapat tajuk mengaplikasiPrinsip Archimedes dan memahami prinsip Bernouilli.


Perasaan????
Sukar nak gambarkan perasaan ketika dapat tugasan ini. Penin dan tidak mengetahuii apa-apa yang diperlukan. Dengan penjelasan dari Dr. kami memahami......kami dapat gambaran jelas tentang apa yang yang patut dilakukan. TERIMAKASIH DR....hehehe


SELAMAT MEMBUAT TEACHING UNIT..:)





PEMBELAJARAN INKUIRI

“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”

Inkuiri?? APa itu inkuiri.....inkuiri adalah sifat ingin tahu........PEMBELAJARAN INKUIRI merupakan teknik baru yang saya belajar...kat sekolah dulu pum cikgu tidak pernah membuatkan saya perasaan ingin tahu tentang sesuatu pelajaran.....saya rasa ini teknik yang baru dan amat berkesan. Moga saya dapat mengaplikasikan dalam kelas nanti...insyaAllah.....hheheh

Pembelajarann inkuiri terdapat 4 teknik iaitu :

1. asking a question / identifying a problem.
2. planning and completing an investigation.
3. answering the question / solving the problem.
4. communicating the results to others

JOM APLIKASIKAN DALAM KELAS NANTI...SELAMAT MENCUBA ...:)

TEACHING UNIT

“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”

Alhamdulillah.....kami telah mempelajari ilmu baru......ilmu ini amat penting untuk kami bakal guru nanti....tugasan harian kami....iaitu TEACHING UNIT......kami mendpat pendedahan tentang apa itu Teaching Unit......mekasih kepada Dr kerana menerangkan tentang apa itu Teaching Unit.....JOM KENALI APA ITU TEACHING UNIT...(^_^)

Teaching Unit ada 7 komponen IAITU :

Komponen 1 : Tajuk dan tujuan unit.
Komponen 2 : Pengetahuan sedia ada pelajar.

Komponen 3 : Analisis isi kandungan pelajar.
Komponen 4 : Bahan bantu mengajar dan pelajar.
Komponen 5 : Kaedah dan aktiviti P&P.
Komponen 6 : Pelan penaksiran.
Komponen 7 : Rancangan pengajaran harian.


Wah...nampak banyak...arap2 kami sempat membuatnya....SELAMAT MENERUSKAN ASSIGNMENT KEDUA KAWAN....TUK GROUP SAYA...JOM SAMA2 FIGHTING3X!!!!!!!!!!!!!