Monday, October 17, 2011

KEMAHIRAN MIKROPENGAJARAN

“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”

Alhamdulillah......banyak ilmu dah saya dan kawan2 telah dapat terutamanya tentang macam mana nak jadi cikgu? Banyak persediaan yang saya rasa begitu mantap telah diberikan Dr kepada kami....TERIMA KASIH Dr.

Hari ini pulak kami masuk tajuk baru iaitu KEMAHIRAN MIKROPENGAJARAN......iaitu 

¨Kemahiran mengajar boleh dibahagikan kepada beberapa kemahiran yang lebih asas yang dipanggil kemahiran mikropengajaran.

TERDAPAT 9 ASAS KEMAHIRAN MIKROPENGAJARAN

  1. Memulakan pengajaran (termasuk mencungkil idea)
  2. Menyoal
  3. Menerang
  4. Memperkukuh
  5. Membuat demonstrasi
  6. Mengendali perbincangan
  7. Mengendali kerja amali
  8. Menutup pengajaran
  9. Membuat refleksi

Moga kita mahir untuk kesemua KEMAHIRAN MIKROPENGAJARAN...JOM KENALI KEMAHIRAN INI PADA ENTRY SETERUNYA...(^__^) SENYUM SELALUUUU

Tuesday, October 11, 2011

INKUIRI LAB

“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”

ALhamdulillah kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat lah kami meneruskan lagi pembelajaran pada hari ini...semalam kami sudah mempelajari tentang apa iti PEMBELAJARAN INKUIRI.....jd hari ini kami diberi pendedahan oleh Dr Nurulhuda tentang PEMBELAJARAN INKUIRI ini.......setiap inkuiri bermula dengan soalan kan.....hehehe

Pada awalnya kami diberi central question iaitu "why do heavy steel ships float while a piece of much lighter steel sinks?". Ini merupakan satu cara mencungkil idea dan merupakan langkah pertama dalam pembelajaran inkuiri. Selepas itu kami diminta untuk mereka eksperimet dan ini gambar eksperiment kami.





Selepas kami mendapat keputusan daripada amali kami tadi kami diminta untuk membentangkan di dalam kelas dan tengok hasilnya...Kami dapat hampir sama dan ini memenepati Prinsip Archimedes...hehehhehe

Monday, October 10, 2011

TUGASAN KEDUA

“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”

Alhamdulillah....tugasan pertama iaitu Projek Based Learning sudah berjaya dengan jayanya. Kami telah mendapat tugasan kedua iaitu Teaching Unit.....merangkumi 50% semuanya...agar besar dan ini memang benda baru bagi kami........kami telah dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan yang kecil......x lagi bersama missworldphysics......:(.......setiap kumpulan mempunyai empat orang dan dr.nurul telah membahagikan tajuk masing-masing berdasarkan learning objective fizik teingkatan 4. KAmi mendapat tajuk mengaplikasiPrinsip Archimedes dan memahami prinsip Bernouilli.


Perasaan????
Sukar nak gambarkan perasaan ketika dapat tugasan ini. Penin dan tidak mengetahuii apa-apa yang diperlukan. Dengan penjelasan dari Dr. kami memahami......kami dapat gambaran jelas tentang apa yang yang patut dilakukan. TERIMAKASIH DR....hehehe


SELAMAT MEMBUAT TEACHING UNIT..:)





PEMBELAJARAN INKUIRI

“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”

Inkuiri?? APa itu inkuiri.....inkuiri adalah sifat ingin tahu........PEMBELAJARAN INKUIRI merupakan teknik baru yang saya belajar...kat sekolah dulu pum cikgu tidak pernah membuatkan saya perasaan ingin tahu tentang sesuatu pelajaran.....saya rasa ini teknik yang baru dan amat berkesan. Moga saya dapat mengaplikasikan dalam kelas nanti...insyaAllah.....hheheh

Pembelajarann inkuiri terdapat 4 teknik iaitu :

1. asking a question / identifying a problem.
2. planning and completing an investigation.
3. answering the question / solving the problem.
4. communicating the results to others

JOM APLIKASIKAN DALAM KELAS NANTI...SELAMAT MENCUBA ...:)

TEACHING UNIT

“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”

Alhamdulillah.....kami telah mempelajari ilmu baru......ilmu ini amat penting untuk kami bakal guru nanti....tugasan harian kami....iaitu TEACHING UNIT......kami mendpat pendedahan tentang apa itu Teaching Unit......mekasih kepada Dr kerana menerangkan tentang apa itu Teaching Unit.....JOM KENALI APA ITU TEACHING UNIT...(^_^)

Teaching Unit ada 7 komponen IAITU :

Komponen 1 : Tajuk dan tujuan unit.
Komponen 2 : Pengetahuan sedia ada pelajar.

Komponen 3 : Analisis isi kandungan pelajar.
Komponen 4 : Bahan bantu mengajar dan pelajar.
Komponen 5 : Kaedah dan aktiviti P&P.
Komponen 6 : Pelan penaksiran.
Komponen 7 : Rancangan pengajaran harian.


Wah...nampak banyak...arap2 kami sempat membuatnya....SELAMAT MENERUSKAN ASSIGNMENT KEDUA KAWAN....TUK GROUP SAYA...JOM SAMA2 FIGHTING3X!!!!!!!!!!!!!

Sunday, October 9, 2011

REFLEKSI

Assalamualaikum.....alhamdulillah projek PjBL sudah nerakhir dengan jayanya. Saya berpuas hati dengan tugasan yang diberikan. Pengalaman pertama yang saya dapat dalam penganjuran program seminar. Sejujurnya penganjuran sesuatu program bukan sesuatu yang mudah. Kami diberi tanggungjawab yang besar dalam menjayakan program ini. Tajuk seminar kami adalah Malaysia dan Nuklear. Satu tajuk yang amat  besar aspeknya. Kami melakukan mesyuarat gerak kerja bagi memastikan kelancaran program seminar.

Tugasan kami bagi seminar adalah membentangkan apa yang telah kami perolehi. Kami bertungkus-lumus mengumpulkan segala data dan fakta tentang nuklear. Bagi emulihan aspek, kami bersepakat memilih asper publik. Banyak telah kami pelajari terutamanya dalam komunikasi dengan orang ramai. Sebenarnya bukan sesuatu yang mudah untuk orang lain memahami apa yang kita pelajari. Alhamdulillah sesuatu yang baik untuk dipelajari. Keyakinan juga semakin bertambah. Kami menemuramah pensyarah UPSI sendiri yang mengetahui tentang nuklear. Begitu pelbagai pendapat yang kami dapat jadi kami bersepakat menyokong tenaga nuklear sebagai tenaga alternatif yang menggantikan tenaga lain seperti petroleum dan arang batu. Bagi publik yang tidak mengetahui akan muklear sudah pasti agak sukar untuk menyakinkan untuk menyokong nuklear. Namun,bagi publik yang mengetahui nuklear sudah pasti menyokong. Jadi kami bersepakat ingin menyokong dan memberi kesedaran kepada publik yang tidak menyokong.  Kami mengumpul maklumat dan terdapat banyak ilmu yang kami dapat tentang nuklear terutamanya kebaikannya. Moga kita semua menyokong pembinaan tenaga nuklear kerana tenaga ini merupaka tenaga yang paling TERBAIK untuk negara kita.

Jom sama-sama kita saksikan video yang telah kami paparkan untuk tontonan penonton SEMINAR MALAYSIA DAN NUKLEAR






Sekian dulu untuk kali ini...Wasalam....(^_____^) smile always..:)

Wednesday, October 5, 2011

DEBAT N SEMINAR KEMUNCAK PJBL

Alhamdulillah,,,syukur kehadrat ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat kami berada minggu keempat iaitu kemuncak untuk PjBL kami. Saya begitu teruja untuk menghadapi hari debat dan seminar. Kami melakukan penyediaan sehabis baik untuk mempersembahkan sesuatu yang mantap.

Hari isnin kami mengadakan debat sesi pendebatan antara pihak kerajaan yang menghantar wakil dua orang dan pihak pembangkan menghantar wakil seramai dua orang juga. Isu yang diketengahkan adalah.....MALAYSIA DAN NUKLEAR...RELEVENKAH TENAGA NUKLEAR DI MALAYSIA? Kami hanya mengadakan debat di dalam kelas dan dalam kalangan pelajar kelas kami. Suasana menjadi begitu hangat apabila kerajaan dan pihak pembangkan mengutarakan hujah-hujah masing-masing.


Antara hujah pendebatan adalah :
                                                                 wakil pihak kerajaan
 

PIHAK KERAJAAN :

1 1) Tenaga nuklear tidak mencemarkan   
       alam sekitar
2) 2) Tenaga mendirikan ‘power plant hanya   
       sama dengan tenaga nuklear
3)3) Malaysia sudah membuat kajian    tentang tenaga nuklear dari sekarang lagi
4)4) Malaysia berada di luar lingkaran api      pasifik
5)5)  Sisa buangan tenaga nuklear boleh dikitar semula dengan menggunakan teknologi yang serba canggih



                                                                 wakil pihak pembangkang


PIHAK pembangkang :

1)     1)     Keselamatan tidak terjamin
2)     2)    Radiasi akan berlaku apabila berlaku kebocoran    
          dan membahayakan orang awam
3)      3)   Kurang tenaga pakar
4)  4)      Tenaga hidroelektrik boleh menggantikan tenaga  
          nuklear



Apa-apa pum setiap wakilo begitu bersenangt dan berbakat dalam memperkembangkan hujah masing-masing. Kadang-kadang tidak menyangka budak fizik begitu hebat dalan pendebatan...TAHNIAH N TERBAIK...hihihihihi(^_^)




SEMINAR


Pada hari Selasa bersamaan 4 Oktober 2011 kami telah menganjurkan satu SEMINAR bertajuk MALASIA DAN NUKLEAR....RELEVENKAH TENAGA NUKLEAR DI MALAYSIA?......seminar ini diadakan di auditorium utama. Gerak kerja yang dijalankan begitu teratur walaupun masa yang diperuntukkan hanya 4 minggu. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar.
                                                               PENCERAMAH JEMPUTAN
TETAMU VIP YANG HADIR

Penceramah jemputan kami yang didatangi khas dari agensu nuklear iaitu Mohd Fairus Abdul Farid telah memberi ceramah yang mantap dan memberi input yang banyak tentang tenaga nuklear. Terim kasih kerana berjaya bersama-sama menganjurkan program ini. Selepas itu perbentangan kumpulan oleh setiap ahli kumpulan....majlis bersurai pada pukul 12 tengah hari. ALHAMDULILLAH...Akhirnya selesai jugak tugasan kami dalam PjBL........(^____________^)...SMILE ALWAYS..:)