Sunday, December 4, 2011

“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”

Alhamdulillah...siap jugak prezi saya yang TERBARU......(^____^)...let's enjoy...:)








SEKIAN...WASALAM....SMILE ALWAYZ...:)
“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”

Alhamdulillah....akhirnya sudah siap MY NEW PREZI.....LETS ENJOY IT..(^___^)




SEKIAN WASALAM.......SMILE ALWAYZ..:)

MY LATEST PREZI

“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”


Alhamdulillah...siap jugak my LATEST PREZI......let;s enjoy it..(^___^)







SEKIAN WASALAM.....SMILE ALWAYZZ...:)

Saturday, December 3, 2011

KEMAHIRAN ASAS UNTUK BELAJAR FIZIK DENGAN BAIK

“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”

Alhamdulillah...pada kelas ini saya telah mendapat ilmu baru lagi dan amat bertepatan dengan saya sebagai GURU FIZIK insyaAllah...moga Allah megizinkan saya dan kawan-kawan untuk berbakti kepada anak bangsa.....:).......kami pelajari 3 asas kemahiran sains yang berkait rapat dengan definisi secara operasi, penaakulan nisbah dan bahagi dan akhir sekali ialah pentafsiran graf.


DEFINISI SECARA OPERASI

Definisi secara operasi? Macam pernah dengar kan?? sebenarnya definisi secara operasi ini salah satu daripada kemahiran proses sains. Definisi secara operasi bermaksud menghuraikan langkah-langkah yang perlu diambil untuk menilai sesuatu konsep. 

Saya belajar bagaimana untuk mendefinisikan secara operasi luas?? Kebanyakan pelajar hanya mengelaskan luas dengan panjang x lebar. Sebenarnya formula ini hanya untuk objek yang tetap contohnya meja atau papan hitam....bagaimana pula dengan objek yang tidak tetap??? bagaimana kita ingin mengira luas?? Contohnya daun. Jika ingin mengira luas daun kita tidak boleh untuk mengira melalui formula sahaja tetapi kita kena mengira melalui kertas graf.

Saya juga mempelajari bagaimana mendefinisikan secara operasi isipadu??? Definisi operasi bagi isipadu pula adalah bilangan blok berukuran 1 sentimeter padu yang dapat dimuatkan ke dalam sesuatu objek.


PENAAKULAN NISBAH DAN BAHAGI
Pelajar perlu berupaya menginterpretasi secara lisan, menggunakan perkataan mereka sendiri maksud angka yang diperoleh daripada suatu nisbah atau pembahagian.

PENAAKULAN NISBAH DAN BAHAGI TERBAGI KEPADA DUA
1) Dimensi yang sama
2) Dimensi yang berbeza

         Bagi kuantiti fizik dengan dimensi yang sama, nilai berangka hasil nisbah digunakan sebagai perbandingan, iaitu berapa kali lebih besar (atau lebih kecil) satu kuantiti berbanding kuantiti yang satu lagi.

CONTOHNYA : 

             E.g. 100m tinggi bangunan A = 10
                    10m tinggi bangunan B
           
       bermaksud bangunan A adalah 10 kali lebih tinggi daripada B



Bagi kuantiti fizik dengan dimensi yang berbeza, hasil nisbah menunjukkan berapa banyak pengangka/pembilang (numerator) dikaitkan dengan satu unit penyebut (denominator)

CONTOHNYA :

    
   1)    8N/4 meter persegi.....apa yang dimaksudkan???    Melalui penaakulan kita dapat nyatakan bahawa berapa banyak daya yang ke atas bertindak ke atas satu unit luas.
      2)    5kg/RM3.00.....bermaksud berapa banyak jisim yang saya dapat apabila saya bayar dengan satu ringgit.
     3)    8kg/meter perisipadu...memberi maksud jumlah jisim yang terkandung dalam satu meter padu isipadu

PENAKSIRAN GRAF
 Mentafsir graf juga merupakan salah satu konsep dan kemahiran asas untuk belajar fizik dengan baik. Melalui graf, kita dapat mengetahui apa yang ingin disampaikan.


SEKIAN...WASALAM...SMILE ALWAYZ...:)


Sunday, November 27, 2011

PEMBELAJARAN KOPERATIF

“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”

Alhamdulillah...pada kelas ini saya dapt mempelajari pembelajaran baru iaitu PEMBELAJARAN KOPERATIF......Apa yang dimaksudkan dengan pembelajaran koperatif??? Pembelajaran Koperatif ini bermaksud pelajar belajar secara kumpulan untuk memperolehi satu matlamat yang sama. 


5 PRINSIP DALAM PEMBELAJARAN KOPERATIF:

1.Saling bergantungan     
     secara positif
2. Penanggungjawaban  
     individu
3. Interaksi bersemuka
4. Pengajaran kemahiran
     sosial secara eksplisit
5. Pemprosesan Kumpulan

Semasa di dalam kelas kami didehkan dengan pembelajaran koperatif....kami alami sendiri...begitu seronok...hehehe.....kami dibahagikan 5 orang dalam satu kumpulan. Dr. nurul memperkenalkan kami merupakan KUMPULAN ASAL......teknik yang kami gunakan merupakan salah satu dalam teknik pebelajaran koperatif iaitu teknik JIGSAW..... kemudian kami dikira dari satu sampai lima.......setiap ahli dalam kumpulan ASAL ini akan bergerak dan bergabung dengan kumpulan asal yang lain mengikut nombor yang sama...kumpulan baru kami dipanggil KUMPULAN PAKAR.....kami diberikan topik masing-masing iaitu menereangkan tentang 5 TEKNIK PEMBELAJARAN KOPERATIF yang lain iaitu :

1. TAI (Team Accelerated Instructor)
2. GI (Group Investigation)
3. TGT (Teams Games Tournament)
4. STAD (Student Teams Achievement Divisions)
5. Numbered Head Together

Saya mendapat nombor empat dan kami telah diamanahkan untuk mencari prinsip pembelajaran koperatif dan TAI(Team Accelerated Instructor). Kami mencari maklumat bersama-sama dengan kumpulan baru iaitu KUMPULAN PAKAR yang bertanggungjawab untuk menerangkan kembali kepada KUMPULAN ASAL....kami sedaya upaya berusaha untuk memakarkan diri tentang teknik TAI. Kemudian kami kembali kepada kumpulan asal.

Inilah hasil perbincangan kami tentang 5 TEKNIK PEMBELAJARAN KOPERATIF:

1) Teknik TAI (team accelerated instruction)
Ini merupakan teknik bagi kumpulan saya. Melalui teknik ini, guru akan memberi kuiz kepada pelajar(secara inividu) untuk mengetahui tahap pencapaian pelajar. Kemudian, guru mengelaskan pelajar berbeza tahap pencapaian dalam satu kumpulan. Kemudian pelajar akan berbincang dalam kumpulan tentang kuiz tadi dan setelah tamat guru akan memberi satu lagi kuiz secara individu untuk menguji tahap pencapaian pelajar selepas perbincangan dijalankan.

2)Teknik TGT (team games tournament)
Teknik ini diterangkan oleh (RAI) yang merupakan kumpulan asal. Menurut kefahaman saya, guru akan membahagikan pelajar kepada beberapa kumpulan dan setiap ahli kumpulan akan diberikan soalan bagi setiap orang. Selepas itu, kumpulan baru dibentuk berdasarkan markah dari soalan tadi iaitu mengikut tahap pencapaian yang sama. Kemudian, guru akan memberi soalan yang lain dan markah akan diperolehi bagi soalan itu. Akhir sekali, setiap ahli kumpulan kembali kepada kumpulan asal dan markah ditambah.

3) Teknik GI (group investigation)
Teknik ini diterangkan oleh(Fayyadhah) yang merupakan kumpulan asal saya. Menurut kefaham saya mengenai teknik ini merangkumi 4 komponen penting iaitu, investigation(diberikan masalah), interaction(memberikan idea), interpretation(berbincang dengan lebih terperinci) dan intrincit motivation(penghayatan diri dari rakan kumpulan)

4) Teknik STAD (student team achievement divisions)
Teknik ini diterangkan oleh (Aishah) yang merupakan kumpulan asal saya. Menurut kefahaman saya, guru akan mengajar sesuatu topik di dalam kelas kemudiannya guru akan membahagikan dalam beberapa kumpulan. Setiap ahli kumpulan berbincang tentang apa yang telah guru ajar. Kemudian,,guru akan memberi kuiz secara individu dan markah ahli dalam kumpulan dikira. Jika kumpulan memperolehi markah yang paling tinggi akan memperolehi hadiah.

5) Teknik NUMBER HEAD TOGETHER (kepala bernombor sama)
Teknik ini diterangkan oleh(Shahida) yang merupakan kumpulan asal saya. Menurut kefahaman saya, guru akan memberi nombor mahupun huruf bagi setiap ahli kumpulan dan guru akan bagi soalan dan guru akan meminta wakil pelajar bagi setiap kumpulan untuk menjawabnya.


Teknik NHT ini Dr nurul telah aplikasikan pada akhir sesi pembelajaran. Dr memberi soalan dan meminta setiap wakil kumpulan dari nombor yang sama menjawab soalan tersebut. Dr nurul memberikan markah dan sesiapa yang dapat markah tertinggi akan ditambah dalam markah ujian satu. 


Saya merasakan ini teknik baik yang bakal saya aplikasikan kelak....banyak yang telah saya pelajari......terima kasih buat dr nurul kerana ilmu yang diberikan......(^__^)

heheheh......SEKIAN...WASSALAM....SMILE ALWAYZ..:)

Thursday, November 24, 2011

MISKONSEPSI DALAM FIZIK

“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”

Miskonsepsi merupakan satu kesalah fahaman kecil terhadap sesuatu konsep. Jika kita dengar kesalahan kecil ini amat mudah untuk kita baikinya tapi untuk misskonsepsi ini agak sukar untuk dibaiki. 

Pelajaran hari ini dr nurul telah memberikan kami 5 soalan berkaitan dengan konsep fizik yang salah yang perlu untuk kami perbetulkan. Kami berbincang sesama kumpulan sebelum sesi perbincangan seluruh kelas berlaku.

Miskonsepsi yang dibincangkan ialah :


1.Hotter objects contain more heat than colder objects
Truth : haba adalah tenaga yang berlaku disebabkan perbezaan suhu. Haba boleh diserap dan dibebaskan namun tidak boleh dikandung.

2).Heavier objects always fall faster than lighter objects.
Truth : Objek yang ringan dan berat akan jatuh pada masa yang sama di mana rintangan udara diabaikan menggunakan konsep ' FREE FALL'

3)Light objects float while heavy objects sink.
Truth : Objek tenggelam timbul tidak bergantung kepada berat objek tetapi bergantung kepada daya keapungan. Jika daya kepaungan sama dengan berat objek maka objek akan terapung  manakala jika berat objek lebih tinggi dari daya keapungan maka objek akan tenggelam.

4) Objects float because there’s air in them.
Truth : Objek terapung tidak dipengaruhi oleh udara didalamnya tetapi pada daya keapungan sesuatu objek. Jika daya keapungan sesuatu objek sama dengan berat bendalir yang disesarkan maka objek akan terapung.

5)An object that is thrown upwards continue to move upwards because the force applied by the hand is still acting on it
Truth: Daya yang bertindak keatas objek tersebut hanya berat objek dan daya rintangan udara. Gerakan objek ini boleh dijelaskan melalui hukum newton pertama iaitu objek akan terus bergerak ke atas tetapu akan turun semula jika ada daya lain yang bertindak ke atas objek tersebut.



SEKIAN UNTUK HARI INI...WASALAM....SMILE ALWAYZ(^___^)

Friday, November 18, 2011

SAYA,TEKNOLOGI DAN MEDIA

“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”

Alhamdulillah akhirnya saya telah berjaya menghasilkan satu tugaasan yang diberikan oleh dr nuru.....saya dapat mengenali software baru dan dapat menggunakan software ini......mekasih terutama sekali kepada  dr nurul kerana memperkenalkan PREZI untuk kami.....Mula2  terasa tekanan di dada apabila teknologi disebutkan...akibat kurang pendedahan saya tidak begitu biasa dengan teknologi....terima kasih kerana memberi ilmu yang amat  berguna..ilmu yang amat sukar untuk didapati sekarang........moga dapat di aplikasikan kelak di sekolah....cikgu kena cilik IT gak tau..hehehehe.......terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi membantu.....di tuju khas untuk MISSWORLDPHYSICS.......jasa mu d kenang di dasar hati...untuk semua TERIMA KASIH.....(^___^)


JOM SAMA-SAMA TENGOK PREZI TERBARU SAYA SELEPAS DIKOMEN OLEH DR NURUL....LET'S ENJOY.....hehehehe




SEKIAN...WASALAM......SMILE ALWAYZ..(^__^)