Sunday, November 27, 2011

PEMBELAJARAN KOPERATIF

“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”

Alhamdulillah...pada kelas ini saya dapt mempelajari pembelajaran baru iaitu PEMBELAJARAN KOPERATIF......Apa yang dimaksudkan dengan pembelajaran koperatif??? Pembelajaran Koperatif ini bermaksud pelajar belajar secara kumpulan untuk memperolehi satu matlamat yang sama. 


5 PRINSIP DALAM PEMBELAJARAN KOPERATIF:

1.Saling bergantungan     
     secara positif
2. Penanggungjawaban  
     individu
3. Interaksi bersemuka
4. Pengajaran kemahiran
     sosial secara eksplisit
5. Pemprosesan Kumpulan

Semasa di dalam kelas kami didehkan dengan pembelajaran koperatif....kami alami sendiri...begitu seronok...hehehe.....kami dibahagikan 5 orang dalam satu kumpulan. Dr. nurul memperkenalkan kami merupakan KUMPULAN ASAL......teknik yang kami gunakan merupakan salah satu dalam teknik pebelajaran koperatif iaitu teknik JIGSAW..... kemudian kami dikira dari satu sampai lima.......setiap ahli dalam kumpulan ASAL ini akan bergerak dan bergabung dengan kumpulan asal yang lain mengikut nombor yang sama...kumpulan baru kami dipanggil KUMPULAN PAKAR.....kami diberikan topik masing-masing iaitu menereangkan tentang 5 TEKNIK PEMBELAJARAN KOPERATIF yang lain iaitu :

1. TAI (Team Accelerated Instructor)
2. GI (Group Investigation)
3. TGT (Teams Games Tournament)
4. STAD (Student Teams Achievement Divisions)
5. Numbered Head Together

Saya mendapat nombor empat dan kami telah diamanahkan untuk mencari prinsip pembelajaran koperatif dan TAI(Team Accelerated Instructor). Kami mencari maklumat bersama-sama dengan kumpulan baru iaitu KUMPULAN PAKAR yang bertanggungjawab untuk menerangkan kembali kepada KUMPULAN ASAL....kami sedaya upaya berusaha untuk memakarkan diri tentang teknik TAI. Kemudian kami kembali kepada kumpulan asal.

Inilah hasil perbincangan kami tentang 5 TEKNIK PEMBELAJARAN KOPERATIF:

1) Teknik TAI (team accelerated instruction)
Ini merupakan teknik bagi kumpulan saya. Melalui teknik ini, guru akan memberi kuiz kepada pelajar(secara inividu) untuk mengetahui tahap pencapaian pelajar. Kemudian, guru mengelaskan pelajar berbeza tahap pencapaian dalam satu kumpulan. Kemudian pelajar akan berbincang dalam kumpulan tentang kuiz tadi dan setelah tamat guru akan memberi satu lagi kuiz secara individu untuk menguji tahap pencapaian pelajar selepas perbincangan dijalankan.

2)Teknik TGT (team games tournament)
Teknik ini diterangkan oleh (RAI) yang merupakan kumpulan asal. Menurut kefahaman saya, guru akan membahagikan pelajar kepada beberapa kumpulan dan setiap ahli kumpulan akan diberikan soalan bagi setiap orang. Selepas itu, kumpulan baru dibentuk berdasarkan markah dari soalan tadi iaitu mengikut tahap pencapaian yang sama. Kemudian, guru akan memberi soalan yang lain dan markah akan diperolehi bagi soalan itu. Akhir sekali, setiap ahli kumpulan kembali kepada kumpulan asal dan markah ditambah.

3) Teknik GI (group investigation)
Teknik ini diterangkan oleh(Fayyadhah) yang merupakan kumpulan asal saya. Menurut kefaham saya mengenai teknik ini merangkumi 4 komponen penting iaitu, investigation(diberikan masalah), interaction(memberikan idea), interpretation(berbincang dengan lebih terperinci) dan intrincit motivation(penghayatan diri dari rakan kumpulan)

4) Teknik STAD (student team achievement divisions)
Teknik ini diterangkan oleh (Aishah) yang merupakan kumpulan asal saya. Menurut kefahaman saya, guru akan mengajar sesuatu topik di dalam kelas kemudiannya guru akan membahagikan dalam beberapa kumpulan. Setiap ahli kumpulan berbincang tentang apa yang telah guru ajar. Kemudian,,guru akan memberi kuiz secara individu dan markah ahli dalam kumpulan dikira. Jika kumpulan memperolehi markah yang paling tinggi akan memperolehi hadiah.

5) Teknik NUMBER HEAD TOGETHER (kepala bernombor sama)
Teknik ini diterangkan oleh(Shahida) yang merupakan kumpulan asal saya. Menurut kefahaman saya, guru akan memberi nombor mahupun huruf bagi setiap ahli kumpulan dan guru akan bagi soalan dan guru akan meminta wakil pelajar bagi setiap kumpulan untuk menjawabnya.


Teknik NHT ini Dr nurul telah aplikasikan pada akhir sesi pembelajaran. Dr memberi soalan dan meminta setiap wakil kumpulan dari nombor yang sama menjawab soalan tersebut. Dr nurul memberikan markah dan sesiapa yang dapat markah tertinggi akan ditambah dalam markah ujian satu. 


Saya merasakan ini teknik baik yang bakal saya aplikasikan kelak....banyak yang telah saya pelajari......terima kasih buat dr nurul kerana ilmu yang diberikan......(^__^)

heheheh......SEKIAN...WASSALAM....SMILE ALWAYZ..:)

No comments:

Post a Comment