K | What you Know? |
W | What you Want to know? |
H | How to find out? |
L | What you Learned? |
Hanya dengan 4 patah perkataan kita dapat merungkai semua jawapan terhadap apa yang kita ketahui....tanya diri sendiri....apa yang kamu tahu? Apa yang kamu ingin tahu? Macam mana cara untuk mencari jalan penyelesaian? Apa yang telah kamu pelajari??
Doktor Nurul telah memberi kami satu tugasan tentang 6 perkataan yang selalu kita dengar tetapi kadang-kadang kita sendiri salah menafsir iaitu
1) PENDIDIKAN
2) INSRTUKSI
3) PENGAJARAN
4) TEKNOLOGI
5) PENAKSIRAN
6) PEMBELAJARAN
JOM APLIKASIKAN TEKNIK KWHL (^^,)
What you Know? | What you Want to know? | How to find out? | What you Learned? |
PENDIDIKAN adalah satu proses belajar secara formal dan tidak formal | Definasi sebenar terhadap enam konsep Adakah semua konsep ini saling berkait | Rujuk di dalam internet Dengar pensyarah mengajar Secara perbincangan kumpulan | Maksud yang lebih jelas tentang keenam konsep tersebut Kaitan antara keenam-enam konsep tersebut Guru bukan sahaja merujuk kepada manusia tetapi medan untuk menyampaikan ilmu Pendidikan merupakan medan utama |
INSRTUKSI adalah arahan guru terhadap pelajar | |||
PENGAJARAN adalah cara guru mengajar dalam kelas | |||
TEKNOLOGI adalah bahan bantu mengajar | |||
PENAKSIRAN adalah proses mengumpul maklumat tentang apa yang pelajar tahu dan apa yang pelajar boleh lakukan | |||
PEMBELAJARAN adalah proses pembelajaran di dalam kelas iaitu pelajar menerima ilmu daripada guru |
What you Learned?
Untuk mengetahui dengan lebih jelas tentang keenam-enam konsep.....dr. nurul memberi kami satu tugasan secara berkumpulan dan di beri masa setengah jam untuk berbinacang dan mencari perkaitan antara satu sama lain....inilah hasil kumpulan kami
Ini pulak maksud untuk keenam-enam konsep..(^^,)
Pendidikan | Proses di mana pelajar mampu mempelajari sesuatu dengan tujuan membangunkan dirinya secara holistik. Pendidikan boleh jadi formal, non-formal, dan informal. |
Instruksi | Proses memudah cara pembelajaran ke arah objektif yang telah ditetapkan sama ada melalui guru atau cara lain |
Pengajaran | Tindakan guru secara langsung yang direka bentuk bagi membantu pembelajaran |
Teknologi | Set peralatan dan sumber yang membantu menyelesaikan masalah adaptasi yang dihadapi manusia dalam persekitarannya |
Penaksiran | Proses mengumpul data tentang apa yang pelajar tahu dan boleh lakukan bagi membantu dalam proses membuat keputusan. |
Pembelajaran | : Proses membina dan mendapat pengetahuan, kemahiran, sikap, dan nilai tertentu yang boleh diaplikasikan |
SENYUM SELALU..(^_____^)
No comments:
Post a Comment