Sunday, October 9, 2011

REFLEKSI

Assalamualaikum.....alhamdulillah projek PjBL sudah nerakhir dengan jayanya. Saya berpuas hati dengan tugasan yang diberikan. Pengalaman pertama yang saya dapat dalam penganjuran program seminar. Sejujurnya penganjuran sesuatu program bukan sesuatu yang mudah. Kami diberi tanggungjawab yang besar dalam menjayakan program ini. Tajuk seminar kami adalah Malaysia dan Nuklear. Satu tajuk yang amat  besar aspeknya. Kami melakukan mesyuarat gerak kerja bagi memastikan kelancaran program seminar.

Tugasan kami bagi seminar adalah membentangkan apa yang telah kami perolehi. Kami bertungkus-lumus mengumpulkan segala data dan fakta tentang nuklear. Bagi emulihan aspek, kami bersepakat memilih asper publik. Banyak telah kami pelajari terutamanya dalam komunikasi dengan orang ramai. Sebenarnya bukan sesuatu yang mudah untuk orang lain memahami apa yang kita pelajari. Alhamdulillah sesuatu yang baik untuk dipelajari. Keyakinan juga semakin bertambah. Kami menemuramah pensyarah UPSI sendiri yang mengetahui tentang nuklear. Begitu pelbagai pendapat yang kami dapat jadi kami bersepakat menyokong tenaga nuklear sebagai tenaga alternatif yang menggantikan tenaga lain seperti petroleum dan arang batu. Bagi publik yang tidak mengetahui akan muklear sudah pasti agak sukar untuk menyakinkan untuk menyokong nuklear. Namun,bagi publik yang mengetahui nuklear sudah pasti menyokong. Jadi kami bersepakat ingin menyokong dan memberi kesedaran kepada publik yang tidak menyokong.  Kami mengumpul maklumat dan terdapat banyak ilmu yang kami dapat tentang nuklear terutamanya kebaikannya. Moga kita semua menyokong pembinaan tenaga nuklear kerana tenaga ini merupaka tenaga yang paling TERBAIK untuk negara kita.

Jom sama-sama kita saksikan video yang telah kami paparkan untuk tontonan penonton SEMINAR MALAYSIA DAN NUKLEAR






Sekian dulu untuk kali ini...Wasalam....(^_____^) smile always..:)

No comments:

Post a Comment