Monday, October 17, 2011

KEMAHIRAN MEMULAKAN PENGAJARAN

“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”

Alhamdulillah.....bagi kelas ini kami belajar tentang kemahiran memulakan pengajaran ni merupakan KEMAHIRAN MIKROPENGAJARAN....masa yang diperuntukkan sekejap jew sebab kita nak mula jew tidak mengajar lagi.....begitu teruja sangat belajar sebab dr. membuat demo terus tentang memulakan pengajaran...kami diberi masa di dalam kumpulan untuk membuat permulaan pengajaran........:)

Selepas itu, beberapa kumpulan menghantar wakil untuk membentangkannya.......dan kami telah menghantar NURUL AIN......wah2...mantap betul dan kami gelak sakan...moga terus berjaya AIN n kawan2....lupa nak cakap..kami buat tajuk daya dan tekanan dan kumpulan lain semua tentang inertia. hehehhee

APA YANG PERLU ADA DALAM KEMAHIRAN MEMULAKAN PENGAJARAN?

KOMPONEN

1) Menarik perhatian
¨Melalui suara, pergerakan, isyarat, & eye contact
¨Gunakan alat pandang dengar
¨Pelbagaikan interaksi
2) Menimbulkan motivasi
¨Wujudkan hubungan baik
¨Tunjukkan keghairahan
¨Ransang sifat ingin tahu
¨Bercerita

3) Menstruktur P&P
¨Tunjukkan hasil pembelajaran
¨Buat ringkasan keseluruhan aktiviti P&P (overview)
¨Cungkil idea pelajar tentang tajuk/konsep yang akan diajar
4) Membuat perkaitan
¨Banding dan bezakan
¨Pengetahuan sedia ada
¨Pengalaman/kejadian semasa yang berkait dengan pelajar


BEBERAPA CARA MENCUNGKIL IDEA?

Pelan mencungkil idea terdapat juga dalam kemahiran memulakan pengajaran...antara cara mencungkil idea adalah

  1. Soal jawab keseluruhan kelas
  2. Perbincangan kumpulan
  3. Demonstrasi guru
  4. Kuiz pendek atau praujian
  5. Ramal-Perhati-Terang (Predict-Observe-Explain, POE)
  6. Peta konsep (Concept map)
  7. Kartun konsep (Concept Cartoon)
  8. Peristiwa bercanggah (Discrepant event)
  9. Interview about events
  10. Interview about instances


BERSAMBUNG..........

No comments:

Post a Comment